Pengenalan
Profil & Sejarah
Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota ditubuhkan pada 27 September 1966 di bawah naungan Diraja Sultan Pahang.

PENUBUHAN
Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang Di Ibu Kota (PEKAP) merupakan sebuah persatuan yang ditubuhkan khas untuk warga Pahang yang bermastautin di Kuala Lumpur. Pada 27 September 1966, secara rasminya PEKAP didaftarkan sebagai sebuah Persatuan yang prihatin terhadap kebajikan anak-anak negeri Pahang yang merantau di Ibu Kota.

PEKAP 60 TAHUN
Kini, penubuhan PEKAP sudah mencecah usia 60 Tahun. Jumlah keahlian PEKAP juga telah mencecah seramai 4,419 orang. Keahlian ahli terbahagi kepada dua jenis iaitu, Ahli Seumur Hidup & Ahli Biasa. Keahlian terbuka kepada warga Pahang yang bermastautin di Kuala Lumpur. PEKAP kini diketuai oleh YBHG Datuk Haji Azman Shah bin Haji Abdullah selaku Presiden.
Naungan Diraja
Persatuan bernaung di bawah naungan Diraja Sultan Pahang. Naungan ini merupakan penghormatan yang membawa tanggungjawab tadbir urus yang tinggi, dan menjadi tunjang kepada kedudukan persatuan sebagai badan kebajikan anak-anak Pahang di ibu kota.
