Kebajikan
Tabung Pendidikan
Tabung Pendidikan persatuan menyediakan bantuan kepada anak-anak ahli yang melanjutkan pelajaran, tertakluk kepada syarat kelayakan dan peruntukan tabung.
Tujuan tabung
Tabung Pendidikan ditubuhkan bagi meringankan beban ahli dalam membiayai pendidikan anak-anak mereka. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada usaha kebajikan persatuan sejak 1966, dan digerakkan menerusi biro yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal pendidikan.
