SUMBANGAN MASUK WAD
RM 300
Sumbangan masuk wad bagi ahli yang layak, tertakluk kepada syarat dan kelulusan jawatankuasa.
Kebajikan
Persatuan menyediakan pelbagai bantuan kebajikan kepada ahli yang layak, tertakluk kepada syarat dan kelulusan jawatankuasa.
Manfaat yang disenaraikan di bawah adalah panduan am. Kelayakan, kadar dan syarat sebenar tertakluk kepada polisi persatuan yang sedang disemak oleh jawatankuasa, serta kelulusan bagi setiap permohonan. Sila rujuk pejabat PEKAP untuk maklumat terkini.
RM 300
Sumbangan masuk wad bagi ahli yang layak, tertakluk kepada syarat dan kelulusan jawatankuasa.
RM 2,000
Sumbangan khairat kematian bagi ahli yang layak, tertakluk kepada syarat dan kelulusan jawatankuasa.
Bantuan pendidikan bagi anak-anak ahli boleh dipertimbangkan menerusi Tabung Pendidikan persatuan, tertakluk kepada syarat kelayakan dan peruntukan tabung.
Bantuan kebajikan lain boleh dipertimbangkan bagi ahli yang menghadapi kesusahan, mengikut budi bicara dan kelulusan jawatankuasa.
Ahli dijemput menyertai program kemasyarakatan, keagamaan dan kekeluargaan yang dianjurkan oleh PEKAP juga biro-biro persatuan sepanjang tahun.
Keahlian membuka ruang jaringan sesama anak Pahang yang bermastautin di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Permohonan bantuan kebajikan boleh dikemukakan kepada Biro Kebajikan dan pejabat PEKAP berserta dokumen sokongan yang berkaitan. Setiap permohonan akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa untuk pertimbangan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat PEKAP.