Langkau ke kandungan utama

Keahlian

Sertai PEKAP

Sehingga September 2026, persatuan mempunyai 4,419 ahli berdaftar.

Keahlian dalam talian akan dibuka pada Fasa Kedua

Pendaftaran ahli baharu dan log masuk ahli melalui laman web ini akan dibuka pada fasa kedua, setelah ujian sistem keahlian selesai. Sementara itu, sebarang urusan keahlian boleh dibuat terus dengan urus setia persatuan.

Hubungi urus setia

Syarat kelayakan

Mencapai umur yang ditetapkan

Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan Keatas.

Anak kelahiran Pahang

Pemohon hendaklah lahir di Negeri Pahang; atau - Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Pahang; atau - Ibu bapa pemohon adalah ahli pertubuhan.

Bermastautin di Kuala Lumpur atau Putrajaya atau Selangor

Pemohon hendaklah beralamat (bermastautin) di Kuala Lumpur atau Putrajaya atau Selangor semasa permohonan pendaftaran keahlian tersebut dibuat.

Kadar yuran

Kelas keahlian dikenali sebagai Ahli Tahunan.

Yuran pendaftaran
RM 10

Bayaran sekali sahaja semasa permohonan diluluskan.

Yuran tahunan
RM 50

Dibayar setiap tahun bagi mengekalkan taraf keahlian.

Yuran seumur hidup
RM 200

Bayaran sekali sahaja sebagai ganti yuran tahunan.

Langkah permohonan

  1. Langkah 1: Semak syarat kelayakan

    Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan keahlian yang disenaraikan di atas.

  2. Langkah 2: Buka portal ahli

    Lengkapkan borang permohonan pada laman ini. Permohonan anda akan disemak oleh urus setia sebelum keahlian diluluskan.

  3. Langkah 3: Lengkapkan borang permohonan

    Isi maklumat peribadi, maklumat asal usul Pahang dan maklumat perhubungan dengan lengkap.

  4. Langkah 4: Jelaskan yuran

    Yuran pendaftaran dan yuran keahlian dijelaskan mengikut kadar yang ditetapkan.

  5. Langkah 5: Menunggu kelulusan

    Pengesahan anda sebagai Ahli PEKAP hanya akan dibuat sebaik sahaja PEKAP menerima pengesahan pembayaran dan diluluskan oleh mesyuarat AJK.

Soalan lazim

Jawapan kepada soalan yang kerap dikemukakan mengenai keahlian ada pada halaman Soalan Lazim.