Pengumuman
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2026

WOW! ANAK PAHANG MAKIN CEMERLANG, PENERIMA ANUGERAH PEKAP MENINGKAT DUA KALI GANDA!
Alhamdulillah!
Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PEKAP 2026 pada Sabtu, lalu.
Majlis tahunan ini terbukti berjaya menyuntik semangat luar biasa buat anak-anak ahli untuk terus memburu kejayaan dalam pelajaran.
LONJAKAN PRESTASI LUAR BIASA!
Apa yang paling membanggakan, jumlah penerima anugerah tahun ini meningkat mendadak hampir dua kali ganda!
Daripada hanya 30 orang pada tahun 2025, angka itu melonjak kepada 61 orang pelajar cemerlang pada tahun 2026.
Satu pencapaian yang membuktikan anak Pahang memang power!
Anugerah tahun ini merangkumi pelbagai kategori:
*SPM
*A-Level / Asasi / Matrikulasi
*Diploma / Ijazah Sarjana Muda
*International Baccalaureate (IB)
*Housemanship Training
PENGHARGAAN KHAS & KEHADIRAN KEHORMAT
Majlis bertambah seri dengan kehadiran Dato' Sri Ir. Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Abd Razak (EXCO Kerajaan Pahang) selaku Perasmi, yang turut berkongsi perancangan projek terkini Kerajaan Negeri untuk manfaat bersama.
Pengerusi Biro Pendidikan, Dr. Mohd Ziyad Afiq bin Mohd Zaharim, dalam ucapan pembukaannya meluahkan rasa terharu atas kehadiran luar jangkaan daripada ibu bapa dan jemputan. Disamping lonjakan motivasi kepada pelajar cemerlang ini.
Turut hadir meraikan:
Datuk Azman Shah (Presiden PEKAP)
Datuk Abdul Razak Idris (Timbalan Presiden PEKAP)
Dato' Herman Awang (Naib Presiden PEKAP) & barisan AJK
AMANAT BUAT WIRA & WIRAWATI CEMERLANG
Dalam ucapan Datuk Presiden, beliau menitipkan pesanan mendalam buat para pelajar:
Ikut Resmi Padi:
Bila sudah berada di puncak, jangan sombong. Sentiasa merendah diri dan bantu orang lain.
Jangan Lupa Asal Usul:
Walau setinggi mana pun terbang, bawalah nama Pahang dengan penuh bangga dan bersedialah untuk berbakti semula kepada masyarakat.
TERIMA KASIH IBU BAPA, GURU & BIRO PENDIDIKAN
Kejayaan ini adalah hasil disiplin tinggi pelajar, pengorbanan ibu bapa, serta acuan hebat para guru.
Tahniah sekali lagi kepada semua penerima! Semoga terus cemerlang di masa hadapan!
